Taksub terhadap politik sehingga terlupa kepentingannya..
Melihat kepada perjalanan politik masa kini, ramai individu yang masuk ke lembah politik tidak mengerti tentang perjuangan dan dasar politik sebenar. Perkembangan politik semasa yang boleh dikatakan politik hujung tanduk yang memperlihatkan peperangan antara politik kerajaan dan politik pembangkang sehinggalah peperangan ini mengakibatkan pepecahan dalam sebuah masyarakat. Walhal ada juga yang berperang sehinggalah tercetusnya perang saudara, perang adik beradik, perang bapa dan anak kerana perbezaan ideologi politik masing-masing tidak pernah mengalah dan tidak mahu mengalah menyatakan pendapat mereka tanpa menyemak latar belakang perjuangan parti politik yang disanjunginya. Biasanya politik hanya dituruti dan difahami oleh masyarakat berkenaan dengan isu-isu semasa yang dibawa untuk memburuk-burukkan parti politik yang bertentangan tanpa melihat fakta sebenar sehinggala isu peribadi, isu akhlak, isu keselamatan dan isu-isu yang menunjukkan untuk kesejahteraan rakyat juga dipolitikan. contohnya isu peribadi berkenaan tentang pecah amanah (rasuah) suatu jabatan perkhidmatan awam dan isu keselamatan yang dipertanggungjawab oleh pihak polis juga dipolitikan.
Media politik masa kini lebih bersifat memanipulasi berbanding media membina. Hal ini kita lihat hanyalah bertujuaan mencari keuntungan melalui sifat emosional masyarakat dalam negara ini. Rakyat lebih gemar menghentam daripada menyiasat dan berfikir sejanak terhadap implikasi yang timbul sekiranya membuat tindakan melulu seperti demonstrasi, tunjuk perasaan, politik kedai kopi dan tomahan yang berlaku dalam politik. KIta perlu melihat Profession politik merupakan suatu bidang pekerjaan yang dipertanggujawabkan untuk mentadbir Negara dengan dasar dan perlaksanaan demi kepentingan bersama sebagai langkah menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Apa yang sebenarnya mahu disampaikan ialah kesan negatif yang kita perlu tahu sekiranya amalan politik tidak stabil ini diamalkan dinegara kita:
1. Faktor ekonomi yang sangat utama, negara terpaksa kehilangan pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di negara ini.
2. Kualiti kerja yang berkurangan disebabkan kita menghabiskan masa dengan tunjuk perasaan dan demonstrasi yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Hal ini hanya mampu menyatakan moraliti yang berada pada tahap yang paling rendah kepada masyarakat luar. Lebih elok sekiranya kita bekerjasama untuk memantapkan ekonomi kita terutamanya ekonomi umat islam.
3. Faktor wujudnya kebebasan hak asasi sehingga mengganggu keselesaan orang lain untuk menjalankan aktiviti harian. Hal ini bukanlah sebenarnya sikap masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat melayu.
4. Kesan terhadap golongan muda mula melebel politik pada hari ini tidak menjamin masa depan mereka dan mereka tidak menjadikan pemimpin dan bakal pemimpin pada hari ini sebagai ikon mereka untuk terus maju.
5. Kita juga telah membuktikan kepada negara luar bahawa rakyat di negara ini hidupnya meminta-minta tanpa meningkatkan darjat pengetahuan bangsa dan tidak menjadikan ilmu itu pelita kejayaan.
kESIMPULAN yang dapat dirungkaikan iala kita lebih gemar melangamalkan dakyah politik tidak berilmu pengetahuan berbanding politik matang yang ditunjukkan oleh negara luar yang sudah membangun. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin terhadap keamanan negara, kita haruslah membezakan tanggungjawab kita sebagai pengundi dan bukanlah pencanai politik yang membawa kepada perpecahan.


No comments:
Post a Comment