Sunday, 6 January 2013

Seni Terapi Minda dalam kounseling

             Mengenali watak seseorang melalui seni terapi yang menunjukkan hubungan individu dan cara penyampaian individu tersebut untuk mengenali seseorang melalui sifat, sikap dan perasaan. Terapi ini bertujuan untuk membina hubungan dan meningkatkan tahap kepercayaan individu dalam terapi minda. Lakaran di atas kertas boleh dilakukan melalui pentafsiran keluarga, tumbuhan dan haiwan yang ingin dilontarkan oleh individu tersebut.



Mentafirkan kedudukan dalam fungsi kekeluargaan


Mentafsirkan perasaan yang ingin disampaikan


Corak hidup individu

Terapi ini perlulah dipelajari atau pengguna hendaklah berkursus untuk mengendalikan terapi ini. Perkembangan terapi melibatkan latihan dan interlektual yang tinggi untuk mengolah lakaran tersebut..

Selamat mencuba...

harapan bangsa

Pemuda harapan bangsa..
tatkala masa mencemburui kita..
jangan alpa dengan apa yang kita ada..
semuanya hanyalah duniawi semata-mata
http://www.youtube.com/watch?v=XdxUxn7yn1k

GPMS Melaka: Perutusan Tahun Baru 2013

GPMS Melaka: Perutusan Tahun Baru 2013: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan ke...

senario.kini: suatu masa nanti persisiran pantai sepanjang Batu ...

senario.kini: suatu masa nanti persisiran pantai sepanjang Batu ...: Berikutan dengan situasi ini, b eberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkina...
Taksub terhadap politik sehingga terlupa kepentingannya..


                 Melihat kepada perjalanan politik masa kini, ramai individu yang masuk ke lembah politik tidak mengerti tentang perjuangan dan dasar politik sebenar. Perkembangan politik semasa yang boleh dikatakan politik hujung tanduk yang memperlihatkan peperangan antara politik kerajaan dan politik pembangkang sehinggalah peperangan ini mengakibatkan pepecahan dalam sebuah masyarakat. Walhal ada juga yang berperang sehinggalah tercetusnya perang saudara, perang adik beradik, perang bapa dan anak kerana perbezaan ideologi politik masing-masing tidak pernah mengalah dan tidak mahu mengalah menyatakan pendapat mereka tanpa menyemak latar belakang perjuangan parti politik yang disanjunginya. Biasanya politik hanya dituruti dan difahami oleh masyarakat berkenaan dengan isu-isu semasa yang dibawa untuk memburuk-burukkan parti politik yang bertentangan tanpa melihat fakta sebenar sehinggala isu peribadi, isu akhlak, isu keselamatan dan isu-isu yang menunjukkan untuk kesejahteraan rakyat juga dipolitikan. contohnya isu peribadi berkenaan tentang pecah amanah (rasuah) suatu jabatan perkhidmatan awam dan isu keselamatan yang dipertanggungjawab oleh pihak polis juga dipolitikan. 
                 Media politik masa kini lebih bersifat memanipulasi berbanding media membina. Hal ini kita lihat hanyalah bertujuaan mencari keuntungan melalui sifat emosional masyarakat dalam negara ini. Rakyat lebih gemar menghentam daripada menyiasat dan berfikir sejanak terhadap implikasi yang timbul sekiranya membuat tindakan melulu seperti demonstrasi, tunjuk perasaan, politik kedai kopi dan tomahan yang berlaku dalam politik. KIta perlu melihat Profession politik merupakan suatu bidang pekerjaan yang dipertanggujawabkan untuk mentadbir Negara dengan dasar dan perlaksanaan demi kepentingan bersama sebagai langkah menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
               Apa yang sebenarnya mahu disampaikan ialah kesan negatif yang kita perlu tahu sekiranya amalan politik tidak stabil ini diamalkan dinegara kita:

1. Faktor ekonomi yang sangat utama, negara terpaksa kehilangan pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di negara ini.
2. Kualiti kerja yang berkurangan disebabkan kita menghabiskan masa dengan tunjuk perasaan dan demonstrasi yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Hal ini hanya mampu menyatakan moraliti yang berada pada tahap yang paling rendah kepada masyarakat luar. Lebih elok sekiranya kita bekerjasama untuk memantapkan ekonomi kita terutamanya ekonomi umat islam.
3. Faktor wujudnya kebebasan hak asasi sehingga mengganggu keselesaan orang lain untuk menjalankan aktiviti harian. Hal ini bukanlah sebenarnya sikap masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat melayu.
4. Kesan terhadap golongan muda mula melebel politik pada hari ini tidak menjamin masa depan mereka dan mereka tidak menjadikan pemimpin dan bakal pemimpin pada hari ini sebagai ikon mereka untuk terus maju.
5. Kita juga telah membuktikan kepada negara luar bahawa rakyat di negara ini hidupnya meminta-minta tanpa meningkatkan darjat pengetahuan bangsa dan tidak menjadikan ilmu itu pelita kejayaan.
                 kESIMPULAN yang dapat dirungkaikan iala kita lebih gemar melangamalkan dakyah politik tidak berilmu pengetahuan berbanding politik matang yang ditunjukkan oleh negara luar yang sudah membangun. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin terhadap keamanan negara, kita haruslah membezakan tanggungjawab kita sebagai pengundi dan bukanlah pencanai politik yang membawa kepada perpecahan.

rumahku surgaku... peliharalah rumahmu sebagai destinasi agung dalam hidup mu


Rasul Allah (sal Allahu alaihi wasallam) berkata: "Wahai Ali, jika dua orang yang datang untuk meminta anda untuk menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, tidak hakim memihak pertama sehingga anda mendengar perkataan kedua dalam perintah yang anda mungkin tahu bagaimana untuk hakim. "[Ahmad, Abu Daud]

Manusia adalah terburu-buru oleh alam semula jadi. Kami cepat untuk menghakimi. Situasi A memburukkan kita dan kita tergesa-gesa untuk mengutuk tanpa mengganggu untuk menentukan semua fakta pertama. Tergesa-gesa kita biasanya hanya satu pandangan dipertimbangkan. Ini boleh berlaku di dalam rumah kami apabila kanak-kanak masuk ke dalam perjuangan. Ini juga sering berlaku apabila kita mendengar perkara tentang orang. Kami tidak tinggal daripada perkara-perkara yang tidak kebimbangan kami, maka kita tidak peduli untuk mendengar sisi lain cerita sama ada. Ketiga, kita juga mendapat mudah dipengaruhi dengan satu maklumat siaran berpihak pada kita melalui media.

Secara ringkas, kita melakukan apa yang Allah (subhana wa Ta'ala) telah dilarang, yang adalah untuk membuat tergesa-gesa dalam lulus penghakiman. Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) yang digunakan untuk membuat dua mengemis Allah, "Membolehkan saya untuk melihat realiti kerana ia benar-benar adalah."

Saturday, 5 January 2013

BAKAL GURU DAN KERJAYA


Beberapa kajian negara luar mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua iaitu intrinsik (berbakti kepada anak bangsa) dan ekstrinsik. (jaminan kerja semata-mata)
apakah nilai seorang guru yang sebenar??



suatu masa nanti persisiran pantai sepanjang Batu Pahat Johor hanya tinggal nama.



Berikutan dengan situasi ini, beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.